Diskalkulia Checklist June 27, 2015 17:10

 

Checklist diskalkulia utk cg2 pra-sekolah

Ramai org mengenal disleksia ttp masih tidak ada byk fokus terhadap diskalkulia. Kemungkinan besar anak2 yg mempunyai diskalkulia juga mempunyai ciri-ciri disleksia. Namun, sekiranya anak disleksik tidak semestinya dia ada diskalkulia juga.

Apa itu diskalkulia? Diskalkulia adalah masalah dalam pembelajaran matematik.

Sama seperti disleksia semakin awal anak kita dikenalpasti diskalkulia dan intervensi awal diambil semakin cerah masa hadapan anak murid kita utk mengatasi diskalkulia.

Utk anak2 berumur 5-6 thn apa tanda-tanda awal mengenal anak murid mungkin menghadapi masalah pembelajaran matematik (diskalkulia)?

a) Anak tidak faham konsep nombor – cthnya, bila kita minta anak bawa kotak yang ada 4 biji bola dia tidak faham dan bawa kotak yang salah.

b) Anak tidak dapat ingat nombor – cthnya anak tidak dapat ingat nombor telefon rumahnya.

c) Anak ada masalah dengan susunan – cthnya bila kita minta anak susun mainan mengikut saiz, warna atau bentuk, anak menghadapi masalah membuatnya.

d) Anak tidak dapat mengenal masa dengan tepat – Cthnya kalau kita bagitahu anak murid, waktu belajar untuk 10 minit dia tidak faham dan mula tanya bila waktu belajar tamat selepas 1-2 minit sahaja.