Apa Itu Disleksia?

Disleksia (atau disebut juga sebagai gangguan membaca spesifik) pada anak dilaporkan pertama kali pada tahun 1896 dan merupakan salah satu masalah pembelajaran yang paling sering berlaku, dalam linkungan 80% dari individu dengan masalah pembelajaran.

Disleksia berasal dari bahasa Greek, dimana kata “dys” yang bererti kesulitan, dan kata ”lexis” yang bererti bahasa. Jadi disleksia bererti “kesulitan dalam berbahasa”. Anak disleksia tidak hanya mengalami kesulitan dalam membaca, tapi juga kesulitan mengeja, menulis dan beberapa aspek bahasa yang lain.

Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh, mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi.

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Kesulitan membaca pada anak disleksia ini tidak sebanding dengan tingkat intelegensi ataupun motivasi yang dimiliki untuk kemampuan membaca dengan lancar dan tepat kerana anak disleksia biasanya mempunyai tahap IQ yang normal bahkan sebahagian diantaranya di atas normal. 

 JENIS-JENIS DISLEKSIA

Sebahagian ahli akademik membahagikan disleksia sebagai:

a) disleksia visual,

b) disleksia auditori; dan

c) disleksia kombinasi (visual-auditori).

Sebagian ahli akademik lain membahagikan disleksia berdasarkan apa yang dipersepsi oleh mereka yang mengalaminya iaitu:

a) persepsi pembalikan konsep (suatu kata dipersepsi sebagai lawan katanya),

b) persepsi disorientasi vertical atau horizontal (huruf atau kata berpindah tempat dari depan ke belakang atau sebaliknya, dari barisan atas ke barisan bawah dan sebaliknya),

c) persepsi teks terlihat terbalik seperti di dalam cermin; dan

d) persepsi dimana huruf atau kata-kata tertentu jadi seperti “ menghilang”.

Tidak semua anak disleksia menunjukkan seluruh tanda-tanda  seperti di atas. Oleh kerana itu, terdapat gradasi dari disleksia yang bersifat ringan, sederhana sampai ke berat.