News

2 tip untuk mengajar menulis dan mengeja December 18, 2015 11:11

 

 

Jika anak lemah dalam ejaan atau sedang belajar menulis, biar anak menulis tanpa ditegur ejaannya. Ini akan berikan anak keyakinan untuk mengeluarkan ide2nya tanpa rasa takut salah. The objective is to make his thoughts written down on paper. Kalau disuruh membuat pembetulan anak akan kecewa dan cepat naik marah. Ini untuk permulaan sahaja lepas beberapa sesi menulis we can start correcting it as we go along.

Tip 1 – Guna buku Skrap

Langkah mengajar anak menulis meggunakan buku skrap:

1) Anak melukis mengikut topiknya cth Rumah saya, Kawan Saya

2) Menulis tarikh dan hari setiap kali (wajib), ini secara aotumatik mengajar anak mengeja hari dan memahami tarikh.

3) Pilih beberapa perkataan yg dia boleh menulis, cth namanya, ahli yang duduk dirumah, warna rumah, kereta;

4) Minta anak untuk menulis huruf pertama dan terakhir bagi perkataan yang sukar, ini mudah untuk anak baru belajar menulis. Bunyi awal dan akhir menggunakan foniks.

5) Bila anak dah ada keyakinan untuk tulis banyak perkataan bantu anak untuk membuat ayat pendek, cthnya rumah saya biru, saya ada tiga kereta.

Tip 2 – Gunakan papan lazy ‘8’

Satu alat yang dapat membantu anak belajar menulis dan mengeja adalah Papan Lazy ‘8’. Ia mengajar anak untuk membentuk dan menulis dengan betul dan dalam turutan yang betul.

Kanak2 boleh belajar menulis melalui beberapa peringkat mengikut kelajuan mereka sendiri. Belajar menulis mengambil masa!