Mengenali, memahami dan menghayati disleksik disekeliling kita!! April 15, 2016 12:17

Ramai orang anggap disleksia hanyalah masalah membaca, mengeja dan menulis. Sebenarnya, disleksia jauh lebih dari itu.

Salah satu simtom adalah pengurusan masa adalah amat sukar untuk ramai disleksik. Mereka panik atau marah bila masa semakin singkat untuk habiskan sesuatu tugas atau bila perlu pergi untuk temujanji.

(Bukan semua orang yang tidak pandai menguruskan masa disleksik tapi ramai disleksik menghadapi masalah menguruskan masa)

Ini bukan disebabkan mereka malas, tidak prihatin atau tidak peduli. Disleksik adalah pemikir otak kanan jadi mereka sentiasa fokus pada masa ni sahaja, masa lepas dan masa depan adalah lebih untuk pemikir otak kiri.

Seorang disleksik tidak cenderung untuk melihat kehidupan mereka dengan cara yang sistematik. Mereka sering dipanggil "tidak fokus" atau "mudah terganggu". Sebenarnya, disleksik mempunyai masalah dengan pengurusan masa kerana kelebihan disleksik itu sendiri!!`

1) Disleksik sentiasa beri 100% kepada anda

Disleksik sangat fokus pada sesuatu masa dan jika mereka menghabiskan masa dengan anda - mereka akan beri 100% kepada anda. Mereka mungkin kelihatan terganggu kerana fikiran mereka boleh melonjakkan ke idea2 baru atau tangen lain semasa anda berbual kerana perbualan mencetuskan pemikiran baru dan menarik bagi mereka, tetapi mereka tetap bersama kamu. Mereka juga boleh mempunyai kesukaran menarik diri untuk membuat tugas lain dan juga sanggup membatalkan segala-galanya untuk menghabiskan masa dengan anda.

2) Disleksik sangat intuitif dan empati

Disleksik juga intuitif, sangat empati dan suka kaunseling orang lain. Mereka mempunyai keinginan untuk menyelesaikan masalah bersama-sama dan sering membantu orang lain kerana ia membuatkan mereka berasa seimbang dan gembira. Mereka lebih cenderung memahami emosi orang lain dan mereka boleh melakukan apa sahaja untuk membantu jika mereka fikir ia adalah penting.

3) Disleksik sentiasa suka bertukar idea

Bila beberapa disleksik bertemu perbualan akan menjadi penuh dengan pelbagai idea dan ketawa. Dalam keseronokan ini, mereka mungkin lupa pada ‘masa’.

4) Disleksik suka bantu orang lebih dari apa yang diperlukan

Disleksik akan tenggelam dalam penyelesaian masalah isu dan mengalami kesukaran untuk berhenti. Kita boleh tahu kita bercakap kepada pemikir otak kanan apabila mereka membantu anda apabila anda di kedai, organisasi, pejabat kerajaan, dan lain-lain. Mereka akan terus datang dengan idea2 lain dan mahu memastikan anda tahu semua aspek daripada "gambar besar" - orang untuk dihubungi, syarat2 untuk disemak, nombor telefon, dalam kata lain - mereka tidak boleh berhenti! – Walaupun ini mungkin menggangu / mengabaikan kerja mereka sendiri.

5) Disleksik sangat kreatif dan cenderung jadi ‘perfectionist’

Disleksik cenderung untuk menjadi ‘perfectionists’ dan sibuk dalam beberapa bahagian kerja atau projek mereka. Mereka tidak boleh progress sehingga projek yang mereka bayangkan menjadi nyata. Masa dan jadual akan lari dan mereka selalunya terlepas tarikh akhir. Individu disleksik dilabel sebagai pembuang masa, tidak teratur, tidak pandai mengurus masa atau mampu kekal fokus.

Sebenarnya, seorang disleksik imaginasi dan tahap kreatifnya adalah tinggi. Dalam erti kata lain ‘out of the box thinkers’. Hasil kerja mereka, secara amnya sangat baik, inovatif dan lebih daripada apa yang diharapkan!!

Ramai disleksik rasa kecewa bila orang disekeliling mereka tidak memahami mereka untuk diberi lebih masa selesaikan tugas mereka. Disleksik berada dalam zon masa "sekarang" dan tidak menyedari masa membuatkan mereka sering dilihat seolah-olah berada dalam "dunia sendiri" mereka.

Oleh itu, bersabarlah dengan disleksik dan pemikir otak kanan dalam hidup anda, memberi mereka confidence dan sentiasa beri sokongan dan galakkan untuk mereka terus kreatif dan bantu orang lain!!