5 tip meningkatan tahap tumpuan anak December 14, 2015 12:52

Bagaimana boleh meningkatkan tahap konsentrasi anak?
2 faktor yg mempengaruhi adlh
1) umur 2) waktu

Mengikut kajian dibuat oleh pakar doktor kanak2, anak2 biasanya mempunyai tahap tumpuan mengikut umur masing2. Formulanya;

(2-5 min ) x umur anak

jadi sekiranya anak umur 5thn thp konsentrasinya adlh diantara 10min to 25min.
(2x5 - 5×5)= 10 to 25 min

Tahap tumpuan boleh juga lebih daripada ini, jika anak suka aktiviti tersebut.

Satu lagi faktor mempengaruhi tahap tumpuan adalah waktu samada waktu
pagi, tengahari, petang ataupun malam.

1. Kita perlu beri tumpuan untuk mendapat tumpuan dari anak

Sebagai seorg ibubapa yang ingin mengajar anak, kita harus pastikan kita memberi fokus kami 100% untuk mengajar anak. Kalau kita diganggu oleh handphone, TV, radio dsgnya sudah pasti kita tidak dapat beri tumpuan pada pengajaran dan secara langsung anak juga akan hilang tahap tumpuan.

Satu lagi masalah dihadapi ibubapa bila ada lebih dari 1 anak adalah gangguan dari adik atau abang. Bila mengajar seorang anak, beri aktiviti untuk dibuat oleh anak lain2. Setiap anak diberi aktiviti berlain supaya anak tidak gaduh atau buat bising.

Sebaiknya cuba pilih satu tempat sesuai untuk mengajar cth bilik sendiri atau bilik khas untuk belajar.

2. Jaga semua keperluan fisiologi anak

Pastikan anak dapat tidur yang cukup dan juga pastikan anak tidak lapar. Sekiranya anak rasa letih atau lapar kemungkinan besar anak akan hilang tahap tumpuan dengan cepat. Semasa mengajar boleh juga ada air dan makanan snak seperti biskut, buah-buahan atau buahan2 kering seperti kismis dan badam. Kurangkan makanan bergula.

3. Fokus pada kualiti bukan kuantiti

Sebelum kelas bermula bagaitahu anak apa yang akan dipelajari hari ini. Jangan beri terlalu banyak kuantiti untuk diajar pada satu masa. Bila anak rasa kuantiti untuk dipelajari terlalu banyak atau susah secara automatik anak hilang tumpuan dengan cepat.

Selain daripada itu, bila mengajar sesuatu yang susah untuk anak fahami, cuba pecahkan arahan kepada kuantiti yang lebih kecil.

4. Beri Pujian pada anak

Setiap kali anak dapat memahami atau membuat sesuatu (seperti menulis dengan betul), kita harus puji anak. Ini memberi motivasi pada anak dan secara langsung meningkatkan tahap tumpuannya.

5. Cari cara pembelajaran yang sesuai

Ada 3 cara pembelajaran, belajar melalui mendengar (audio), melihat (visual) atau membuat (tactile). Cuba cari cara pembelajaran yang paling sesuai untuk anak. Bila cara pembelajaran sesuai dengan kehendak anak, anak akan dapat meningkatkan tahap tumpuannya tanpa berasa bosan